Iklan

PAC akan siasat kehilangan RM18 bilion GST

Asila Jalil6 years ago9th Aug 2018Berita
Dewan rakyat ceremony 170718 tmiseth 01
Di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1), PAC berkuasa memanggil saksi dan dokumen berkaitan untuk siasatannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Ogos, 2018.
Iklan

PENGERUSI Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Ronald Kiandee berkata beliau akan memulakan siasatan ke atas tuntutan cukai balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion yang didakwa hilang di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Kiandee berkata beliau akan mencadangkan perkara itu menurut Peraturan Mesyuarat 77 (1) dan akan mengadakan prosiding mengenai perkara itu.

“Selaku pengerusi PAC baharu, saya akan mencadangkan perkara itu di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1) dan akan melakukan prosiding ke atas RM18 bilion yang dikatakan telah hilang,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1), PAC berkuasa memanggil saksi dan dokumen berkaitan untuk siasatannya.

Kiandee berkata demikian pada satu sidang akhbar bersama beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional lain yang menggesa supaya siasatan mengenai perkara itu dilakukan segera.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini juga telah membuat laporan polis supaya siasatan terhadap dakwaan bahawa bayaran balik GST hilang itu dapat dimulakan.

Kiandee juga berkata perkataan “dirompak” itu sendiri merupakan tuduhan yang berat.

“Apabila tuduhan itu dibuat semalam, kami membuat keputusan bahawa siasatan dalaman yang akan dijalankan oleh Kementerian Kewangan tidak mencukupi kerana rompakan adalah satu jenayah,” katanya. – 9 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan