Iklan

Ramai kaki ampu, 'Yes Man' dalam kerajaan BN, kata Daim

Asila Jalil6 years ago11th Aug 2018Berita
Daim zainuddin tmi 045jpg
Kesilapan terbesar kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerana ia dihurung terlalu ramai 'Yes Man' dalam pentadbiran, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2018.
Iklan

KESILAPAN terbesar kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah membenarkan pentadbirannya diwakili ramai “Yes Man”, kata Daim Zainuddin.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata terlalu ramai pengampu dalam pentadbiran tersebut sehingga menyebabkan pemimpin atasan menyangka situasi kerajaan dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

“Masalah besar adalah kerana terlalu ramai ‘Yes Man’. Semua ini hanya pengampu.

“Kita semua tahu kerajaan terdahulu korup. Kabinet langsung tak guna. Mereka semua ‘Yes Man’,” kata Daim kepada pemberita pada satu perhimpunan pelajar di Malaysian Student Leaders Summit XII di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas menteri kewangan itu berkata semua dalam pentadbiran BN senyap seribu bahasa walaupun satu dunia tahu mengenai kegiatan rasuah yang berlaku.

Tambahnya, seseorang pemimpin harus mementingkan rakyat daripada diri sendiri.

Daim kemudian mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang berani mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Jangan biarkan rakyat tolak kamu. Perlu sentiasa utamakan rakyat dan negara, bukan diri sendiri,” katanya.

PRU14 menyaksikan kekalahan BN, yang memerintah selama 60 tahun.– 11 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan