Daim tak tahu jika dilantik jadi penasihat selepas Majlis Penasihat bubar
Iklan
DAIM Zainuddin berkata beliau tidak tahu dirinya akan dilantik menjadi penasihat dalam kerajaan selepas kemungkinan Majlis Penasihat Kerajaan dibubarkan.
Pengerusi Majlis berkata beliau tidak ada mendengar mengenai berita itu.
“Saya tidak tahu,” katanya kepada pemberita pada satu perhimpunan pelajar di Malaysian Student Leaders Summit XII di Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis mempunyai mandat selama 100 hari sejak kerajaan baharu dibentuk bagi meneliti isu negara dan membuat cadangan kepada Putrajaya.
Laporan The Star Online berkata bekas menteri kewangan itu akan dilantik sebagai penasihat untuk tempoh terhadap bagi membantu menteri baru mengendalikan pentadbiran awam.
Sumber portal berita itu berkata Daim, yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, akan dilantik sebagai penasihat kerana mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta dalam bidang undang-undang, perbankan dan perniagaan.
Dr Mahathir menubuhkan Majlis sebagai badan untuk menasihati kerajaan berhubung pembahuran yang ingin dilaksanakan kerajaan baharu.
Ketika ditanya mengenai laporan Majlis dan cadangan kepada kerajaan, Daim berkata ia akan disiapkan tidak lama lagi dan diserahkan pada Dr Mahathir.– 11 Ogos, 2018.