Pakatan suntik momentum baru dalam kedaulatan undang-undang, kata Sultan Nazrin
Iklan
PERALIHAN kerajaan Persekutuan telah memberi momentum baru dalam mengukuhkan kedaulatan undang-undang di Malaysia, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu persidangan undang-undang hari ini.
Baginda berkata peraturan yang disifatkan ketat sedang disemak semula di bawah pentadbiran baharu.
“Usaha sedang dijalankan bagi menghapus larangan tidak wajar terhadap media.
“Langkah juga sedang diambil untuk memulih dan menghidupkan semula institusi asas demokrasi dan tadbir urus yang baik, termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya, Parlimen, badan kehakiman dan agensi peguatkuasaan serta suruhanjaya anti rasuah,” titah Sultan Nazrin ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Baginda menggesa rakyat Malaysia turut serta menandatangani perjanjian antarabangsa hak asasi manusia.
Sultan Perak itu berkata Malaysia perlu terlebih dahulu memulihkan kekurangan undang-undang supaya negara boleh menjadi sebahagian daripada alat kelengakapan (organisasi) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia.
Malaysia hanya menandatangani lima daripada 13 organisasi PBB.
“Saya tiada keraguan apabila memulihkan kekurangan dalam undang-undang, memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan mereka dan memperbaharui institusi kita. Ia akan menjadi lebih mudah bagi Malaysia apabila menyetujui organisasi hak asasi manusia yang masih belum kita sertai.
“Misalnya, Malaysia setakat ini hanya menandatangani lima, terutamanya berkaitan wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Malaysia masih belum menyetujui Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim dan Protokol Pilihan.” – 14 Ogos, 2018.