Iklan

2 tertuduh wanita bunuh Kim Jong Nam tiba di mahkamah

Yvonne Lim6 years ago16th Aug 2018Berita
Kim jong nam doan thi huong siti aishah high court 01
Siti Aisyah dan Doan Thi Huong akan mengetahui sama ada mereka dibebaskan atau dipanggil membela diri hari ini atas tuduhan membunuh Kim Jong Nam menggunakan senjata kimia merbahaya, VX yang diharamkan PBB.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 16 Ogos, 2018.
Iklan

SITI Aisyah dan Doan Thi Huong, dua tertuduh wanita dalam kes perbicaraan warga Korea Utara, Kim Jong Nam tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendengar keputusan sama ada mereka dibebaskan atau dipanggil membela diri.

Kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan Mac tahun lepas dan didakwa pada Oktober. Mereka didakwa membunuh Kim dengan menyapu mukanya dengan VX- senjata saraf maut yang diharamkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kim diserang di klia2 dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua wanita itu bakal berdepan hukuman mati. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah, berkata yang mereka diperdaya yang serangan itu adalah sebahagian rancangan mengusik realiti televisyen.

Siti, warga Indonesia dan Don warga Vietnam adalah suspek dalam tahanan. Empat lagi suspek, semuanya warga Korea Utara. Mereka kini dipercayai berlindung di negara itu.

Pihak pendakwaan menutup hujah pada Jun lalu berdasarkan keterangan 34 saksi. Saksi pakar memberitahu mahkamah yang kesan VX ditemui pada pakaian kedua-dua wanita tersebut.

Rakaman CCTV juga ditayangkan di mahkamah menunjukkan kedua-dua mereka bertemu dengan empat lelaki warga Korea Utara di klia2 dalam perjalanan melakukan serangan. Video juga menunjukkan Don menyapu sesuatu ke muka Kim. – 16 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan