Iklan

2 tertuduh bunuh Kim Jong Nam diarah bela diri

Yvonne Lim6 years ago16th Aug 2018Berita
kim jong nam-EPA2018
Siti Aisyah warga Indonesia dan Doan Thi Huong, warga Vietnam diarahkan membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Jong Nam. Sabit kesalahan mereka berdepan hukuman gantung sampai mati. – Gambar EPA, 16 Ogos, 2018.
Iklan

SITI Aisyah dan Doan Thi Huong, dua tertuduh wanita dalam kes bunuh Kim Jong Nam diarahkan membela diri.

Selepas membaca penghakiman dan rumusan kes, Hakim Mahkamah Tinggi Azmi Ariffin mendapati pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kes prima facie dalam kes dan bukti yang dihantar ke mahkamah.

Kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan Mac tahun lepas dan didakwa pada Oktober. Mereka didakwa membunuh Kim dengan menyapu mukanya dengan VX- senjata saraf maut yang diharamkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kim diserang di klia2 dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua wanita itu bakal berdepan hukuman mati. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah, berkata yang mereka diperdaya yang serangan itu adalah sebahagian rancangan mengusik realiti televisyen.

Siti, warga Indonesia dan Don warga Vietnam adalah suspek dalam tahanan. Empat lagi suspek, semuanya warga Korea Utara. Mereka kini dipercayai berlindung di negara itu.

Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika ditemui selepas penghakiman dikeluarkan di luar mahkamah berkata:

“Saya sangat teruja. Saya sangat gembira dengan keputusan. Beliau (hakim) ada penghakiman yang yang baik, penghakiman saksama. Tetapi jangan bimbang, ada pusingan kedua untuk tertuduh beri keterangan mereka.” – 16 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan