Iklan

Pemimpin Umno hadir beri sokongan calon PAS di PRK Seri Setia

Asila Jalil6 years ago18th Aug 2018Berita
Seri setia by-election nomination 03
Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad (kiri) turut hadir bagi memberi sokongan kepada calon PAS untuk PRK Sungai Kandis, Dr Halimah (dua dari kanan) pada proses penamaan calon hari ini. Turut kelihatan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan). – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 Ogos, 2018.
Iklan

BEBERAPA pemimpin terkenal Umno dilihat turut serta bersama rombongan PAS di Seri Setia pagi ini, untuk pencalonan pilihan raya kecil (PRK) pada 8 September bermula.

Hadir untuk menyokong calon parti Islam itu ialah Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad, Ketua Umno Selangor Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Penerang Shamsul Anuar Nasarah.

Para pemimpin PAS yang hadir menyokong calon Dr Halimah Ali adalah Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad bersama-sama lebih kurang 100 orang penyokong parti.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar daripada PKR muncul di pusat penamaan calon dengan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Kerusi itu kosong selepas kematian Shaharuddin Badaruddin akibat kanser kolon pada 2 Ogos.

Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Abdul Mutalif Abdul Rahim sebelum ini berkata parti itu akan “membalas” kepada PAS di Seri Setia keana sokongan yang diterima semasa PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Beliau berkata Umno akan membantu PAS semasa kempen PRK Seri Setia, dan akan memberitahu anggota dan penyokongnya agar mengundi Dr Halimah. – 18 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan