Iklan

Satu lawan satu di Seri Setia 

Asila Jalil6 years ago18th Aug 2018Berita
Seri setia by-election nomination 06
Calon PH Halimey Abu Bakar (kiri) bersama pesaingnya Dr Halimah Ali dari PAS di pusat penamaan calon bagi PRK Seri Setia hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 Ogos, 2018
Iklan

PILIHAN raya kecil Seri Setia pada 8 September ini menyaksikan pertembngan satu lawan satu antara calon parti Islam PAS, Dr Halimah Ali dan calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar. 

Pegawai pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Mohad Azizi Mohad Zain mengumumkan hanya dua calon yang menghantar kertas pencalonan mereka. 

Dr Halimah berkata beliau bertanding di kerusi majoriti Melayu itu bagi memastikan kerajaan baharu tidak bertambah leka. 

“Sekiranya kamu tidak berikan mereka semak dan imbang sekarang, mereka akan leka.

“Berdiri bersama saya dan saya akan berdiri di Dewan untk kamu,” katanya.

Tambahnya, parti Islam itu menyokong Umno kerana mahu memperkukuhkan blok pembangkang. 

“Kami mahu blok pembangkang menjadi kuat, itu sebabnya kita tidka menentang Umno.”

Sementara itu calon Pakatan Harapan Hlimey berkata, beliau berharap parti itu akan pertahankan kerusi Seri Setia, dan menambah beliau pernah bekerja bersama Shaharudin Badaruddin ketika beliau menjadi Adun di Seri Setia 

PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Shaharuddin pada 2 Ogos lepas kerana barah usus.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Shaharuddin yang mewakili PKR, memenangi kerusi DUN itu dengan memperoleh 29,250 undi apabila menewaskan calon BN Yusoff HM Haniff (9,878), calon PAS Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas Dr S. Vignes (217).

Seramai 895 petugas pilihan raya dilantik untuk pengendalian PRK Seri Setia yang dianggar menelan belanja RM1.59 juta.

DUN Seri Setia mempunyai 53,492 pemilih berdaftar, terdiri daripada 50,692 pengundi biasa, 2,770 pengundi awal dan 30 orang pengundi tidak hadir luar negara. – 18 Ogos, 2018
 

Iklan
Iklan