Pakatan tidak akan ulangi kesilapan di Sg Kandis, kata calon Seri Setia
Iklan
PAKATAN Harapan akan meningkatkan strategi kempen bagi pilihan raya kecil Seri Setia dengan mengenal pasti kelemahan yang membawa kepada kekurangan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya Sungai Kandis 4 Ogos lalu.
Calon Seri Setianya, Halimey Abu Bakar berkata pakatan itu telah mengenal pasti punca masalah di Sungai Kandis, dan akan mengatasi kesilapan itu.
“Daripada pilihan raya kecil Sungai Kandis, kita mengenal pasti kelemahan yang membawa kepada kekurangan jumlah keluar mengundi. Kami akui kelemahan, dan akan menilainya untuk pertandingan di Seri Setia,” katanya kepada pemberita pada pusat operasi pilihan raya kecil di Petaling Jaya hari ini.
Jumlah keluar mengundi di Sungai Kandis hanya 49% – kedua terendah yang pernah direkodkan. Jumlah keluar mengundi paling rendah – 46% – direkodkan pada pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.
Di Seri Setia bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu calon pakatan itu dengan pencabarnya dari PAS Dr Halimah Ali.
Calon PH itu juga berkata, jentera pilihan raya pakatan akan memastikan kehadirannya dirasai di setiap pusat mengundi di kawasan itu.
“Kita akan turun padang dan memainkan strategi yang lebih baik bagi memastikan rakyat keluar mengundi.”
Pilihan Raya Kecil Seri Setia dan juga Balakong diadakan pada hari yang sama, yang menyaksikan PH menggunakan logonya buat kali pertama.
Pada Pilihan Raya Umum ke 14, calon PH menggunakan logo PKR, berikutan beerdepa kesukaran dalam proses pendaftaran pakatan itu.
Halimey berkata, penggunaan logo “baharu” di Seri Setia tidak akan jadi isu, kerana penduduk temapat sudah maklum dengan perubahannya.
“Kami akan turun padang dan berkempen ubtuk PH, seperti mengedarkan risalah dan poster.”
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Shaharuddin Badaruddin akibat kanser pada 2 Ogos lalu.
Pada PRU14, Shaharudin dari PH menang kerusi itu dengan 19,372 majoriti. Beliau mendapat 29,250 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional Yusoff M. Haniff, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan Vigneswaran Subramaniam (bebas).
Seri Setia mempunyai 52,650 pengundi yang layak, terdiri daripada 55% Melayu, Cina (20%), India (24%) dan lain-lain (2%). – 19 Ogos, 2018