Iklan

Seri Setia boleh jadi suara pembangkang, kata Dr Halimah

Asila Jalil6 years ago23rd Aug 2018Berita
Pas seri setia 20180815 tmihasnoor 022
Calon PAS Seri Setia Dr Halimah Ali berkata, tambahan satu lagi suara pembangkang pada sidang DUN Selangor akan membawa perubahan besar.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Ogos, 2018
Iklan

KEMENANGAN PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Seri Setia akan membantu memastikan kerajaan negeri Pakatan Harapan sentiasa disemak, kata calon parti Islam itu Dr Halimah Ali.

Katanya, satu lagi suara dari pembangkang di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan memberi perubahan.

“Ia mampu memberi perubahan sekiranya ada satu lagi suara daripada pembangkang. Ia akan memberi impak yang besar,” katanya kepada pemberita selepas mengedahkan daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di PPR Lembah Subang pada Khamis.

Dr Halimah memberi membalas kenyataan yang dibuat calon PH dari PKR, Halimey Abu Bakar yang sebelum ini menyatakan negeri itu tidak memerlukan satu lagi suara daripada pembangkang untuk semak dan imbang.

Beliau menegaskan dengan memenangi kerusi itu, beliau akan mewakili semua rakyat Malaysia bukan sahaja mereka di Seri Setia, dan akan membawa isu yang penting untuk perhatian kerajaan negeri.

Dr Halimah berkata rakyat juga perlu membiarkan kerajaan negeri tahu bahawa mereka menyedari apa yang dibuat oleh pentadbiran PH, dan mereka tidak boleh diambil mudah.

“Perlu ada pembangkang yang berani untuk bersuara bagi memastikan kerajaan seimbang,” tambah Dr Halimah.

Dr Halimah merupakan bekas Adun Selat Klang. Belia juga merupakan exco pendidikan Selangor ketika pentadbiran menteri besar Abdul Khalid Ibrahim.

Kini terdapat lima wakil pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, empat dari Umno dan seorang dari PAS.

Seri Setia mempunyai 52,650 pengundi yang terdiri daripada 55% Melayu, Cina (20%), India (24%) dan lain lain (2%).

Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Balakong pada 8 September. – 23 Ogos, 2018

Iklan
Iklan