Iklan

Sosma galak kecuaian penguatkuasaan undang-undang, kata peguam

Gan Pei Ling6 years ago28th Aug 2018Berita
Eric paulsen-hasnoor
Pengarah Fortify Rights, Eric Paulsen berkata akta yang membenarkan pihak berkuasa menahan suspek selama 28 hari itu terbuka kepada penyalahgunaan serta penderaan bagi mendapatkan bukti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Ogos, 2018.
Iklan

AKTA Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) menggalakkan kecuaian dalam penguatkuasaan undang-undang, kata peguam hak asasi manusia yang mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji pilihan raya dan memansuhkan akta tersebut.

Pengarah organisasi hak asasi manusia Asia Tenggara, Fortify Rights, Eric Paulsen berkata akta yang membenarkan pihak berkuasa menahan suspek selama 28 hari itu terbuka kepada penyalahgunaan serta penderaan bagi mendapatkan bukti.

Jika pegawai penguatkuasa undang-undang berhujah bahawa mereka tidak dapat menahan suspek tanpa akta tersebut, Paulsen pula menegaskan bahawa Sosma telah melemahkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang.

“Saya boleh diseksa, kurang tidur, dan bukti boleh diambil. Sosma membenarkan pihak berkuasa melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan anda tidak tahu sama ada bukti diambil melalui penderaan atau dipalsukan.

“Ia menjadikan polis dan timbalan pendakwa raya cuai menjalankan tugas, mereka tahu walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh, orag masih boleh ditangkap, didakwa dan disabitkan kesalahan. Ia jalan pintas bagi mereka.

“Mereka boleh menahan, siasat dan dakwa, mereka tidak perlu menyelidik bagi memastikan kes mereka kuat. Bukti yang diperolehi melalui penderaan diterima dibawah peruntukan Sosma,” kata bekas pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu. 

Paulsen juga berkata kerajaan PH telah menyatakan dalam manifesto pilihan raya untuk memansuhkan Sosma. – 28 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan