Iklan

PAS kerja keras pastikan kebahagian dunia dan akhirat, kata calon Seri Setia

Asila Jalil6 years ago29th Aug 2018Berita
Pas seri setia 20180815 tmihasnoor 002
Kami, dari PAS, bekerja keras untuk memastikan bukan hanya kejayaan, kebahagian dan keamanan di dunia tetapi di akhirat juga, kata Dr Halimah Ali malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2018.
Iklan

AHLI PAS berusaha keras memastikan rakyat bukan sahaja beroleh kegembiraan di dunia tetapi juga di akhirat, kata calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali. ‘

Pada sesi dialog di Lembah Subang malam tadi, Dr Halimah berkata beliau akan memastikan suara rakyat didengar kerajaan negeri sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat.

“Kami, dari PAS, bekerja keras untuk memastikan bukan hanya kejayaan, kebahagian dan keamanan di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya malam tadi.

Sesi dialog sejam itu diadakan di sebuah gerai makan di PPR Lembah Subang dan dihadiri hampir 30 orang.

Walaupun kebanyakan hadirin tidak menyatakan masalah mereka untuk ditangani Dr Halimah, penduduk mendengar penuh teliti ucapannya dan menyokong dengan sorakan dan tepukan.

Dr Halimah juga berkata yang Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) anjuran kerajaan negeri Selangor, walaupun bagus, bukanlah program menyeluruh kerana terdapat keciciran penerima. 

“IPR bagus. Saya suka kerana kerajaan patut tolong rakyat.

“Tetapi saya melawat banyak tempat di kawasan ini dan mendapati ramai orang tak ditolong. Mereka yang tak boleh bayar ubat, mereka yang tak boleh bayar bil, mereka tak dapat kad IPR,” katanya.

Selaku pembangkang, beliau memberi jaminan kepada hadirin yang tiada sesiapa akan diketepikan sekiranya PAS menang PRK tersebut.

Beliau juga berkata yang banyak janji kerajaan Pakatan Harapan hanyalah untuk menarik perhatian pengundi.

“Tidak ada sebab untuk kerajaan tidak memenuhi tanggungjawab mereka kepada penduduk di sini kerana mereka agak lama berkuasa,” tambahnya.

Kerusi Seri Setia kosong selepas kematian penyandangnya, Prof Shaharuddin Badaruddin kerana kanser pada 2 Ogos lalu.

Kerusi itu sebelum ini dipegang oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) selama dua penggal.

Dr Halimah juga menambah yang suara pembangkang masih diperlukan walaupun PH memegang majoriti DUN.

Terdapat lima wakil rakyat pembangkang dalam DUN Selangor, empat dari Umno dan seorang wakil PAS.

Pengundian PRK Seri Setia akan diadakan pada 8 September, serentak dengan PRK Balakong. – 29 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan