Iklan

Calon Pakatan Seri Setia dakwa terima sokongan ahli PAS, Umno

Asila Jalil6 years ago2nd Sep 2018Berita
Seri setia ph halimey 20180819 tmihasnoor 003  (1)
Calon PH Halimey Abu Bakar yakin akan mendapat sokongan daripada kedua-dua pihak PAS dan Umno pada di Seri Setia.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2018
Iklan

CALON Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar mendakwa ahli PAS di Seri Setia memberi jaminan kepada beliau untuk memberikan undi pada pilihaan raya kecil akan datang.

Halimey berkata ahli berkenaan mengenali bapanya yang mempunyai kaitan dengan PAS di kawasan berkenaan menjadi sebab mengapa mereka memberi sokongan kepadanya.

“Ayah saya pernah menjadi ahli PAS. Ahli PAS hubungi saya dan memberitahu saya agar jangan bimbang. Mereka berkata ‘Kami mungkin bekerja dengan PAS tetapi kami akan undi kamu”, ” katanya pada pertemuan dengan penyokongnya di Petaling Jaya.

Selain PAS, Halimey turut mendakwa beliau juga mendapat sokongan ahli Umno di Seri Setia.

Beliau berkata, bapanya pernah menjadi ketua bahagian Umno manakala ibunya merupakan ketua bahagian Wanita Umno. Justeru katanya, generasi lama mengenali ibu bapanya dan memberi jaminan mereka akan mengundi beliau.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. 

Aminuddin berkata Halimey akan membawa suara rakyat di Seri Setia kerana beliau berpengalaman sebagai ahli majlis Petaling Jaya. 

Beliau juga berkata walaupun terdapat kritikan mengenai 100 hari janji yang dibuat oleh PH, masih ada kemajuan yang dibuat oleh pentadbiran baharu itu.

Calon PH Halimey Abu Bakar beramah mesra dengan penduduk di DUN Seri Setia dalam kempennya baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2018 

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini gagal dalam mentadbir negara walaupun sudah 60 tahun memegang kuasa. 

“Ramai yang bising tentang 100 hari tetapi kita berikan mereka (BN) 60 tahun, mereka masih lagi gagal mentadbir negara dan menyebabkan hutang sebanyak RM1 trilion. 

“Kita bersyukur, hanya 100 hari tetapi mereka (BN) mengkritik kita, mengapa? Sebab mereka rasa terancam rakyat hari ini menyokong kita kerana kita mampu mentadbir dengan baik dan bertanggungjawab,” katanya. 

Halimey akan berdepan pertembungan satu lawan satu dengan calon PAS Dr Halimah Ali pada pilihan raya yang berlangsung 8 September ini. – 2 September, 2018
 

Iklan
Iklan