Iklan

Pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM perlu dikaji semula, gesa timbalan menteri

Asila Jalil6 years ago6th Sep 2018Berita
Yb sivarasa  20180904 tmiafif 04
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Sivarasa Rasiah ketika bercakap kepada pemberita pada kempen PRK Seri Setia di Shah Alam hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2018
Iklan

PELANTIKAN Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) perlu dikaji semula, kata timbalan menteri. 

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Sivarasa Rasiah berkata, beliau “terkejut” dengan pelantikan itu. 

“Saya juga terkejut dengan pengumuman itu, dan saya rasa adalah lebih baik pelantikan Dr Maszlee dikaji semula,” katanya kepada pemberita pada ceramah Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil Seri Setia di Shah Alam hari ini. 

Katanya ia perlu dikaji semula agar selari dengan apa yang terkandung dalam manifesto PH.

UIAM dalam satu kenyataannya hari ini menyambut baik pelantikan Dr Maszlee sebagai presiden.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2018

Pelantikan Maszlee itu bercanggah dengan manifesto PH, yang menjanjikan kebebasan dan kuasa universiti awam dan institusi pengajian tinggi dikembalikan 

“Saya melihat ini sebagai contoh, walaupun adakalanya kita melakukan kesilapan, ia boleh diperbetulkan.

“Sama seperti perdana menteri sendiri, sebagai contoh sebelum ini beliau mengumumkan akan mengambil portfolio PM dan juga portfolio menteri pendidikan tetapi beliau berundur apabila dimaklumkan ia bertenangan dengan manifesto,” tambah Sivarasa.

Terdahulu, UIAM dalam satu kenyataannya hari ini menyambut baik pelantikan Dr Maszlee sebagai presiden. – 5 September, 2018

Iklan
Iklan