Iklan

Jumlah keluar mengundi rendah pada PRK Seri Setia

Asila Jalil6 years ago8th Sep 2018Berita
Seri setia election 080918 tmiseth 04
Keadaan cuaca, pengundi yang keletihan serta cuti hari minggu yang panjang menyumbang kepada kekurangan jumlah keluar mengundi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2018
Iklan

SEBANYAK 41% pengundi di Seri Setia telah membuang undi setakat jam 4 petang menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdapat 53, 492 pengundi di Seri Setia. 

Jumlah itu agak rendah berbanding pilihan raya kecil Sg Kandis pada 4 Ogos lalu yang menyaksikan 45% pada waktu sama ia direkodkan. 

Sg Kandis direkodkan kedua terendah iaitu pada 49.4%. Peratusan pengundi paling rendah adalah pada pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang pada 2009. 

Pilihan raya kecil Seria Setia diadakan serentak dengan pilihan raya kecik Balakong. SPR hanya mensasarkan 70% peratusan keluar mengundi berikutan pilihan raya itu diadakan hanya empat bulan selepas pilihan raya umum 9 Mei. 

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas kematian penyandangnya Prof Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat kanser. 

Kerusi itu ditandingi oleh calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dan Dr Halimah Ali dari PAS.

Menurut IDE, hanya 15.4% pengundi Cina berdaftar membuang undi setakat jam 5.30 petang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2018

Jumlah rasmi peratusan keluar mengundi akan diumumkan SPR selepas keputusan rasmi diumumkan

Menurut kumpulan pemikir Institut Darul Ehsan (IDE), jumlah keluar pengundi berumur antara 21-30 tahun adalah rendah iaitu kira-kira 14%.

IDE juga berkata 15.4% pengundi Cina berdaftar membuang undi setakat jam 5.30 petang. 

Keadaan cuaca, pengundi yang keletihan serta cuti hari minggu yang panjang menyumbang kepada kekurangan jumlah keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini. – 8 September, 2018
 

Iklan
Iklan