Kerjasama BN-PAS di Seri Setia berhasil
Iklan
WALAUPUN kalah kerusi DUN Seri Setia kepada Pakatan Harapan (PH), parti Islam PAS memperoleh kejayaan signifikan dalam pilihan raya kecil hari (PRK) semalam, kerana jumlah undi diperoleh lebih dua kali, hasil kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Sementara calon PH Halimey Abu Bakar memenangi kerusi itu dengan kelebihan 4,027 undi - 13,725 undi - Dr Halimah Ali (PAS) menerima 9,698 undi, peningkatan ketara daripada 4,563 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
BN tidak bertanding pada PRK ini, sebaliknya memilih berkempen untuk PAS.
Dalam PRK Sungai Kandis, PAS menyokong bekas calon parti pemerintah itu.
Daripada 2,138 pengundi awal, yang terdiri terutamanya anggota polis dan angkatan tentera, PAS menerima 59.9% daripada jumlah undi.
Jumlah ini lebih dua kali ganda berbanding 25.62% daripada 2,022 pengundi awal pada PRU14.
PH, sebaliknya, hanya memperoleh peningkatan kecil daripada 34.77% kepada 40.41%.
Berdasarkan hasilnya, ia menunjukkan jentera BN mempunyai pengaruh besar terhadap kenaikan undi bagi PAS.
Pensyarah sains politik Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Mohd Mokhtar berkata terdapat tanda-tanda yang kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
“Jumlah undi PAS meningkat kepada dua kali ganda dan undi dari stesen undian yang sebelum ini dimenangi oleh BN beralih kepada PAS,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 9 September, 2018.