Iklan

Kerjasama PAS-Umno tidak baik untuk Malaysia yang berbilang kaum, kata penganalisis

Bernard Saw6 years ago16th Sep 2018Berita
Mns 3771-2784x1856-01
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (tengah) hadir pada Muktamar PAS ke 64 yang diadakan di Kuala Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 September, 2018
Iklan

KERJASAMA PAS-Umno, secara rasmi atau sebaliknya, akan menyaksikan isu Melayu Islam mendominasi hala tuju politik dan membawa kesan tidak sihat kepada fokus utama kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir urus Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum, kata pemerhati politik.

Pengulas politik radio berbahasa Mandarin, Koh Kok Wee berkata, jalinan yang cuba dilakukan oleh kedua-dua parti berkenaan boleh mencetuskan kedua-dua propaganda dan faedah prakatikal. Kedua-dua parti menunjukkan ikatan yang kuat semalam apabila pemimpin Umno hadir pada Muktamar PAS.

Bagi Umno, kerjasama itu akan memberi pukulan kepada pergerakan parti yang mengalami kekalahan bersejarah pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Namun ia turut memaksa Pakatan Harapan untuk terus membangkitkan isu Melayu-Islam dan ini akan menjejaskan kedua-dua pengundi dan ahli politik PH.

Bagaimanapun, pengarah eksekutif Kajian Politik Perubahan Malaysia (KPRU) Ooi Heng berkata, PH akan mendapat kelebihan dalam mentadbir kerajaan persekutuan dengan teratur.

“Sebaik sahaja kerajaan PH stabil, pengundi yang tidak menyokong pakatan itu sebelum ini akan memilih untuk mengundi mereka, jadi sokongan Melayu PH boleh meningkat lebih daripada satu pertiga daripada masyarakat Melayu,” kata Ooi.

Sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan pada PRU14 dianggarkan 23% menurut kajian Ilham Centre, meninggalkan 77% untuk Umno dan PAS.

Ooi berkata, kebimbangan pakatan pemerintah mengenai pengundi Melayu boleh difahami, tetapi menambah mereka tidak perlu terlalu memfokuskannya atau membiarkan ia memberi kesan kepada pengubalan dasar dan keputusan berhubung kaum dan agama lain.

PH perlu bekerja keras untuk kekal sebagai kerajaan kepada semua rakyat Malaysia, kerana kerjasama PAS-Umno bermakna pembangkang Melayu-Islam menentang kaum lain yang sebahagian besarnya mahukan perubahan kerajaan pada PRU14.

Koh berkata ini bileh menjadi lebih teruk daripada mempunyai “Melayu dalam kerajaan dan Cina dalam pembangkang” - landskap politik ketika Barisan Nasional memegang kuasa, diterajui Umno dan DAP sebagai pembangkang.

Walaupun parti Cina MCA, dalam pembangkang sebahagian daripada BN, mereka tidak lagi berkemampuan mengubah hasilnya, kata Koh.

PAS diberi banyak kelebihan 

Kerjasama PAS-Umno memberikan parti Islam itu banyak kelebihan, ketika Umno menunjukkan ia semakin terdesak untuk kembali berkuasa, jelas Koh. 

“Terdapat kemungkinan besar peranan Umno dalam arena politik akan digantikan oleh Bersatu, dan Umno tidak mempunyai sumber untuk menentang Bersatu dalam jangka masa panjang.

Umno dilihat semakin terdesak untuk meraih semula kuasa memberi banyak kelebihan kepada PAS.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 September, 2018

“Namun ini tidak berlaku kepada PAS. Amanah tidak boleh menggantikan PAS dengan mudah; malah PAS boleh memaksa Amanah untuk bersaing sebagai parti agama.

“Tambahan puka dua negeri PAS (Kelantan dan Terengganu) lebih stabil berbanding kerajaan negeri BN (Perlis dan Pahang). PAS tidak tergesa-gesa menubuh pakatan, dan ia menunggu peluang itu,” katanya.

Koh merasakan penubuhan sekutu ini berlaku kerana ketidakpuasan hati dalam kalangan akar umbi parti.

“Walaupun kerjasama akan memberi kelebihan kepada dua parti, mereka mempunyai pendirian yang bercanggah dalam banyak perkara,” katanya.

Ooi berkata maklum balas dalaman Umno sendiri akan menentukan faktor kerjasama rasmi atau tidak.

Katanya terdapat dua suara dalam Umno sekarang, salah satunya adalah Khairy Jamaluddin yang mahu membawa parti ke tengah, namun ini juga bermakna bersaing dengan PH, yang mempunyai kelebihan dalam politik.

Namun begitu, Wong berkata, kebanyakan pengundi dalam Umno mahu membawa parti ke depan dengan membangkitka isu Melayu Islam. Ini katanya, akan meletakkan ahli Umno dalam pilihan untuk bekerjasama dengan PAS.

“Mereka percaya PAS masih stabil di pantai timur selepas Umno tewas pada PRU14. Manakala fokus Umno tertumpu kepada isu kaum, PAS memfokuskan isu agama. Mereka aling melengkapi dan ini mungkin akan membawa keputusan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, media Cina menyatakan sebarang kerjasama politik yang disertai PAS sebelum ini gagal. Ini termasuk Semangat 46 pada tahun 90an, ketika era permulaan Umno dan yang terbaharu dengan MCA pada pilihan raya kecil Balakong.

Ooi berkata tiga pilihan raya kecil di Selangor baru-baru ini menunjukkan dua parti itu sudah bekerjasama, namun ia tidak memberikan hasil yang dimahukan. – 16 September, 2018

Iklan
Iklan