Iklan

Perkembangan Amanah di Kelantan, Terengganu makin positif, kata Mat Sabu

Asila Jalil6 years ago22nd Sep 2018Berita
Mohamad sabu 20180710 tmihasnoor 002
Presiden Amanah Mohamad Sabu peningkatan jumlah ahli parti serpihan itu di Kelantan dan Terengganu meningkat sejak Pakatan Harapan berjaya mengambi alih Putrajaya pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 September, 2018.
Iklan

SEMAKIN ramai penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu menyertai Amanah, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata peningkatan jumlah ahli parti serpihan itu meningkat sejak Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambi alih Putrajaya pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Saya berasa yakin dengan perkembangan positif ini (ahli) dan sekarang ini negeri yang paling banyak terima keahlian baru ialah Kelantan.

“Terengganu baru saja hendak bermula. Saya dimaklumkan daerah Manir yang dekat dengan Rusila, borang-borang keahlian sedang giat diagihkan,” kata Mohamad pada sambutan ulang tahun ketiga Amanah di Pahang hari ini.

Rusila adalah daerah di Marang di bawah kawasan Ahli Parlimen Abdul Hadi Awang yang juga presiden PAS.

Beliau bagaimanapun berkata peningkatan jumlah ahli baru Amanah sebanyak 2,000 penyertaan berlaku sebulan selepas PRU14.

Dua hari lepas, Naib Presiden Mahfuz Omar berkata seramai 12,000 ahli PAS menyertai Amanah pada bulan lepas.

Menurut Mahfuz, isu kerjasama antara PAS dan Umno menyebabkan beberapa ahli beralih kepada Amanah.

Sementara itu, Mohamad juga berkata selepas menyertai Kabinet, sukar bagi pemimpin parti sepertinya untuk bersuara.

“Sukar untuk bercakap sebagai pemimpin sebuah kerajaan memerintah berbanding sebagai pemimpin parti.

“Sekarang sebagai pemimpin dalam kerajaan yang memerintah, dan juga pemimpin yang pegang jawatan menteri, memang sukar untuk kami bercakap dan semua yang kami cakapkan akan diteliti, termasuk perkataan ‘dan’ juga tanda ‘koma,” kata beliau yang memegang portfolio pertahananan dakan kerajaan Persekutuan.

Belia juga berkata mengekalkan kemenangan PH dalam PRU14 dan menjaga kepercayaan yang diberi oleh rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar. – 22 September, 2018.

Iklan
Iklan