Iklan

Pandangan veteran Umno penting, mereka tahu bagaimana nak kalah pilihanraya, kata Mat Sabu

Asila Jalil6 years ago22nd Sep 2018Berita
Mat sabu-hapus kleptokrasi selamatkan malaysia tmikamal 10
Presiden Amanah Mohamad Sabu menganggap pandangan veteran Umno penting untuk pilihanraya yang akan dihadapi PH. –Gambar fail The Malaysian Insight,22 September, 2018.
Iklan

PEMIMPIN Amanah hari ini mengalu-alukan bekas ahli majlis tertinggi Umno dalam sebuah majlis ulang tahun parti itu sambil menyifatkan pandangan veteran Umno adalah penting kerana “mereka tahu bagaimana nak kalah pilihanraya”.

Cuba berjenaka dengan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Syed Hamid Albar, Presiden Amanah Mohamad Sabu memberitahu pemberita bahawa pandangan-pandangan dari veteran Umno harus didengar oleh ahli parti itu.

“Kerana mereka tahu dan mereka pun dah kata ’ jika nak kalah, buat apa yang kami buat dulu’.

“Mereka boleh beri kita amaran, kerena mereka tahu sebab apa mereka kalah (dalam PRU14),” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Jenaka Mat Sabu itu membuat hadirin ketawa termasuklah Syed Hamid sendiri.

Syed Hamid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata beliau berniat untuk menyertai Bersatu setelah meninggalkan Umno Jun lalu.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai menteri luar negeri ketika pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi sejak 1999 sehingga 2008. Beliau juga pernah menjadi pengerusi SPAD.

Menteri Pertahanan itu menambah beliau tidak tahu ke mana hala tuju politik Mustapa Mohamad setelah pemimpin utama Umno itu keluar parti, namun menyatakan beliau mengalu-alukan mereka yang mahu menyertai parti tersebut.

“Saya yakin kawan-kawan Tan Sri Hamid Albar yang sedang menyaksikan kita sekarang ini berminat, dan saya yakin mereka akan beri pandangan-pandangan mereka kepada kita,“tambahnya lagi.

Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa meninggalkan Umno selepas mengatakan beliau hilang kepercayaan terhadap parti dan kemampuannya untuk kembali memenangi sokongan rakyat.

Peletakan jawata Mustapa dalam Umno itu membuatkan parti itu hanya mempunyai 50 orang wakil di Dewan Rakyat.– 22 September, 2018.

Iklan
Iklan