Jho Low ada toleransi tinggi untuk risiko, kata penulis Billion Dollar Whale
Iklan
JUTAWAN Low Taek Jho mempunyai toleransi tinggi untuk risiko apabila meneruskan gaya hidup mewah walaupun namanya dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad, kata penulis buku “Billion Dollar Whale”, Tom Wright.
Dalam satu temu bual dengan stesen radio BFM hari ini, Tom menyifatkan Low, yang lebih dikenali dengan nama Jho Low, sebagai “karakter yang sangat menarik”, yang bagaimanapun bukan individu yang dikaitkan oleh majoriti masyarakat.
Tom membandingkan Jho Low dengan watak fiksyen, Jay Gatsby dari novel “The Great Gatsby”, yang disifatkan sebagai salah seorang individu paling positif dalam karakter novel fiksyen itu.
“Itulah Jho Low, beliau merupakan seseorang yang memiliki toleransi tinggi untuk risiko,” kata Tom.
Beliau bagaimanapun berkata, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu memiliki kemampunan yang tinggi dalam berdepan dengan risiko namun tidak berhati-hati untuk menjadikan dirinya tidak disedari dalam skandal itu.
Tom bagaimanapun berkata, Jho Low tidak bijak dalam menutup jejaknya.
Kemampuannya untuk berdepan risiko adalah tinggi tetapi saya tidak rasa beliau memikirkan kemungkinan seseorang boleh dedahkan kisahnya, kata Tom.
Tom yang juga wartawan Wall Street Journal, merupakan penulis bersama buku itu dengan rakan sejawatnya, Bradley Hope. Buku berkenaan memberi butiran dakwaan peranan Jho Low dalam skandal 1MDB.
Apa yang tiada dalam buku itu adalah pandangan Jho Low, fakta yang diakui oleh Tom. Penulsi itu berkata mereka cuba untuk menemubualnya namun tidak berjaya.
Tom berkata, apa yang paling sukar dalam menulis kisah itu adalah untuk mendapatkan kisah benar tentang personaliti Jho Low. Mereka yang ditemubual penulis itu menyifatkan Jho Low sebagai seorang yang “baik dan pemurah”.
Beliau bagaimanapun mendakwa, individu yang bercakap mengenai ahli perniagaan yang dikehendaki itu mendapat faedah dengan mengenali lelaki berkenaan.
“Ia hampir seperti lelaki ini sangat baik, sangat bagus dan memastikan anda mendapat apa yang anda mahukan. Tetapi beliau bukan orang yang membuka cerita.
“Saya rasa Jho Low mempunyai kehidupan dalaman yang sukar ditembusi,” tambah Tom.
Jho Low sebelum ini mengulas mengenai buku berkenaan, dan menyatakan penulis itu menyebarkan gosip sebagai fakta.
Beliau mengkritik penulis berkenaan kerana cuba mencipta “sejarah segera”, dengan maklumat yang kebanyakannya mengenai transaksi (transaksi wang berkaitan 1MDB) yang berlaku. – 25 September, 2018