Iklan

[VIDEO] Zoo Melaka diambil alih kerajaan negeri, berubah wajah

Raevathi SupramaniamYvonne Lim6 years ago12th Oct 2018Video
Iklan

ZOO MELAKA, yang baru-baru ini diambil alih oleh kerajaan negeri, sedang bersiap sedia untuk pengubahsuaian dan kerja penambahbaikan pada 2019.

Pembaharuan keseluruhan itu akan dilakukan secara berperingkat dan mungkin mengambil masa tiga tahun untuk siap. Dianggarkan kosnya mencecah RM6 juta, kata pegawai pentadbir Zanariah Khamis.

Sejak ia diswastakan pada tahun 2012, zoo itu tidak pernah dinaik taraf. Suasananya yang agak daif memberikan imej negatif dalam kalangan masyarakat umum, dengan ada laporan tentang keadaan teruk dan layanan buruk kepada haiwan.

Di bawah pengurusan kerajaan negeri, zoo itu menyasarkan untuk memperbaiki kemudahan dan sistem keselamatannya selain memperkenalkan haiwan baru seperti kanggaru, kuda dan unta.

Pada masa ini, Zoo Melaka menempatkan 538 haiwan daripada 20 spesies berbeza, termasuk singa tertua Malaysia berusia 30 tahun.

Kos penyelenggaraan bulanan zoo itu mencecah RM600,000 untuk bayaran makanan, ubat-ubatan, keselamatan, kerja pembersihan, landskap dan gaji pekerja.

Dalam setahun, zoo itu menerima purata 200,000 pelawat. - 12 Oktober. 2018.

Iklan
Iklan