Iklan

[VIDEO] Jambatan di atas Sungai Nenggiri

Iklan

MUSIM tengkujuh mula melanda Pantai Timur Malaysia. Suasana suram sahaja di Pulau Stelu yang terletak 30km dari Gua Musang, Kelantan. Penduduk kampung bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sebarang kemungkinan akibat cuaca buruk.

Empat tahun lepas, arus kuat yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa menghanyutkan kayu-kayu balak, lalu terapung di sepanjang sungai dan tersangkut dibawah jambatan yang menghubungkan kedua-dua belah Pulau Stelu.

Kayu balak menyumbat bawah jambatan hingga bertukar menjadi empangan, melimpahkan air Sungai Nenggiri dan menenggelamkan Pulau Stelu. Seramai 200 keluarga terpaksa berteduh di masjid kampung itu yang terletak di akwasan lebih tinggi.

Pada jam 2.30 petang, 23 Disember 2014 dari masjid itu penduduk kampung melihat jambatan yang dibina pada pertengahan 1980-an itu runtuh. – 21 November, 2018.

Iklan
Iklan