Iklan

Kulim-Bandar Baharu, dua daerah undi terpecah

Seth AkmalChan Kok Leong7 years ago24th Aug 2017Video
Iklan

MENUJU ke pilihan raya umum ke-14, The Malaysian Insight memulakan siri laporan mengupas kerusi-kerusi marginal. Kami akan meneliti isu-isu yang boleh mempengaruhi hala undi. Fokus hari ini Kulim-Bandar Baharu.

Jika anda tertanya-tanya kenapa Barisan Nasional (BN) selama ini kekal berkuasa biarpun terpalit dengan pelbagai skandal manakala pembangkang pula mampu meraih undi popular dalam PRU14, tidak usah merenung jauh, lihat saja Kulim-Bandar Baharu.

Kerusi parlimen itu beralih daripada BN kepada pembangkang pada 2008 dan jatuh semula kepada BN pada 2013 dalam persaingan sengit dengan majoriti hanya 3%. Pada satu sisi, ada kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada BN; pada sisi yang lain, ada kesedaran yang meningkat betapa isu-isu nasional boleh dan sememangnya mempengaruhi kehidupan penduduk setempat. – 24 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan