Iklan

[VIDEO] Kejadian pahit tak luntur semangat anggota bomba

Iklan

WALAU salah seorang daripada kami terbunuh, kami gagahkan juga hati selamatkan nyawa orang pada keesokan harinya.

Itulah jawapan dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jalan Hang Tuah, Mohd Eirwan Hussin, apabila ditanya mengenai semangat anggota-anggota bomba lain selepas rakan mereka, Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia selepas cedera parah dipukul dalam rusuhan di kuil di Subang Jaya pada 27 November lalu.

Adib adalah anggota kelapan yang meninggal dunia dalam tahun yang tragis bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba). Dua bulan sebelum kematian anak muda itu, enam anggota bomba lemas dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong. Pada Mac pula, seorang anggota bomba maut selepas dipatuk ular di Bentong, Pahang. – 26 Disember, 2018.

Iklan
Iklan