[VIDEO] Orang Asli Tasik Cunex terus diganggu pembalak
Iklan
KETEGANGAN di hutan sekitar Kampung Tasik Cunex di Gerik, Perak masih belum reda. Masyarakat Orang Asli Temiar dan syarikat pembalakan sekali lagi bertelagah selepas kerajaan negeri merobohkan sekatan minggu lalu.
Khamis lalu, penduduk Orang Asli bersama seorang penyelidik dari Sahabat Alam Malaysia (SAM) bertikam lidah dengan tiga pembalak dari syarikat pembalak yang beroperasi di kawasan itu. – 26 Mei, 2019.