[VIDEO] Malaysia tong sampah negara maju?
Iklan
“SAYA tak boleh gambarkan baunya tetapi selalunya bau macam racun tikus. Bau terlalu tengik. Semua orang jatuh sakit. Kami batuk dan demam.”
Penduduk tinggal berhampiran kilang haram proses sisa plastik memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka sering sakit berpanjangan selepas menghidup gas toksik dikeluarkan kilang tersebut.
Kebanyakan kilang itu sudah ditutup dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin baru-baru ini menghantar balik 10 kontena haram sisa plastik, 50 kontena lagi akan dihantar pulang ke negara asal mereka.
Tetapi, persoalan masih wujud sama ada langkah ini memadai untuk menghapuskan industri lumayan itu seterusnya mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan penduduk tempatan. – 6 Jun, 2019.