Iklan

Keluarga saya diancam, kata Syed Saddiq

Iklan

UGUTAN terhadap keluarganya membuatkan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman tidak dapat bertahan lagi hingga menyebabkan beliau mendedahkan mengenai tawaran wang yang diberikan kepadanya untuk ke luar negara menjelang pilihan raya umum ke-14.

Beliau enggan memperincikan ugutan itu dan menekankan ia tidak membabitkan sebarang perkara terlarang membabitkan ahli keluarganya, tetapi berkata ia akan melukakan mereka.

Tahu yang beliau akan mengundang lebih banyak musuh, ahli pengasas Bersatu berusia 25 tahun itu membuat keputusan mendedahkan mengenai tawaran RM5 juta kepadanya untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, di mana beliau mendakwa ia dibuat oleh pegawai kanan Perdana Menteri Najib Razak. – 3 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan