[VIDEO] Penyokong buat kejutan hari jadi untuk Najib di mahkamah
Iklan
RUTIN harian Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bertukar meriah selepas sekumpulan 50 penyokong Najib Razak hadir membawa kek hari lahir untuk bekas perdana menteri yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-66 hari ini.
Najib tiba di kawasan mahkamah sekitar jam 11 pagi tadi untuk menghadiri perbicaraan kes SRC International disambut penyokongnya yang menyanyikan lagu “Happy Birthday” sebelum memintanya meniup lilin kes itu.
Sebaik meniupnya dan menjamah kek yang diberikan, beliau bergegas untuk menghadiri perbicaraan kesnya yang bermula lewat hari ini kerana beliau dan pasukan peguamnya menguruskan sebuah lagi kes di mahkamah rayuan di Putrajaya.
Laungan “lawan tetap lawan” mengiringi Najib sehinggalah beliau sampai ke kamar mahkamah terletak di tingkat lima. – 23 Julai, 2019.