Iklan

Bagaimana beg tangan membantu masyarakat Penan?

Iklan

MAHU memiliki beg unik 100% hasil buatan tangan?

Beg pelbagai warna ini dijual oleh Helping Hands Penan, sebuah organisasi tidak berasas keuntungan berpangkalan di Brunei.

Beg berkenaan dianyam oleh kumpulan 60 wanita Penan dari perkampungan di Ulu Limbang, dekat Miri, Sarawak.

Ia dijual dengan harga antara RM30 dan RM120, bergantung kepada saiz dan rekaan.

Hampir kesemua beg berkenaan habis dijual di setiap bazar yang dihadiri Helping Hands Penan.

Hasil jualan kraftangan ini akan disalurkan kepada komuniti Penan menerusi inisiatif seperti pendidikan dan projek solar. – 4 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan