Iklan

[VIDEO] Peluang pendidikan beri sinar harapan warga Rohingya

Iklan

LEBIH tiga dekad menjadi pelarian di Malaysia, komuniti etnik Rohingya kini makin membesar. Akibat tiada dokumen, bangsa tidak bernegara ini dinafikan untuk bersekolah secara sah mahupun bekerja.

Untuk melangsungkan kehidupan yang baik, pengkaji Rohingya Dr Azlinariah Abdullah berkata hanya pendidikan menjadi kunci masa depan mereka.

Awal Ogos lalu, Putrajaya merangka satu pelan strategik untuk kanak-kanak pelarian Rohingya mendapatkan peluang pendidikan lebih baik di Malaysia.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata pelan turut termasuk meneroka pilihan yang ada bagi membolehkan Rohingya bekerja secara sah di Malaysia.—8 September, 2019.

Iklan
Iklan