Iklan

Penciptaan semula tempe

Hasmizar HassanYap Pik Kuan7 years ago17th Nov 2017Video
Iklan

SELEPAS berjaya mencipta mentega kacang buatan sendiri, usahawan Alzari Joey Mahshar kini beralih kepada makanan ruji Indonesia, tempe, tetapi dengan sentuhan berbeza.

Tempe ialah sejenis makanan yang ditapai dan kebiasaannya dibuat menggunakan kacang soya.

Selepas tiga bulan membuat tempe, Joey telah bereksperimen dengan pelbagai bahan seperti jagung, kacang merah, kacang kuda dan kacang hijau.

Ahli perniagaan ini bercadang untuk mencuba kekacang dan kismis untuk menghasilkan snek tempe, namun buat masa ini percubaannya berhasil dengan kacang kuda dan kacang hijau.

Tempe buatan sendiri ini dibuat apabila ada tempahan kerana ia tidak tahan lama. Ia memerlukan 24 hingga 48 jam untuk menapai dan menghasilkan miselium, iaitu kulit putih yang menyatukan kacang, dan hanya bertahan untuk tiga hari apabila sudah matang.

Secara tradisi, tempe dimakan dengan cara digoreng tetapi ia juga boleh dimakan mentah-mentah. Joey berkata, dengan kandungan protein yang tinggi, tempe juga boleh bertindak sebagai pengganti daging. Tambahnya lagi sesetengah orang Barat memerap dan memanggang tempe.

Joey sedang mengusahakan kelas membuat tempe tetapi bagi yang berminat untuk mencuba rasa baru tempe boleh menempah di halaman Facebooknya. – November 17, 2017.

Iklan
Iklan