[VIDEO] PKPD Hulu Langat tamat
Iklan
PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Hulu Langat berakhir hari ini kecuali sebuah sekolah tahfiz dan sebuah rumah di kawasan itu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membuat keputusan berkenaan berdasarkan nasihat menteri kesihatan.
Dua tempat yang masih dikenakan PKPD ialah Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23 Kampung Paya Lebar dilanjut ke 28 April 2020 kerana masih terdapat kes jangkitan Covid-19. – 14 April, 2020.