[VIDEO] 2,284 ops sanitasi seluruh negara
Iklan
TIMBALAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, sebanyak 2,284 operasi sanitasi awam dibawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dilaksanakan di seluruh negara setakat semalam.
Ia melibatkan 102 zon iaitu 27 zon merah, 16 zon jingga dan 59 zon kuning dengan merangkum 1, 575 bangunan kerajaan, 947 tempat awam, 970 pusat perniagaan, 767 kawasan perumahan dan 183 pasar raya. – 17 April, 2020.