[VIDEO] Perikatan tak yakin dapat sokongan di Dewan Rakyat
Iklan
Keputusan mengehadkan sidang Dewan Rakyat hanya untuk titah ucapan diraja kemungkinan besar kerana Perikatan Nasional tidak yakin akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata keputusan tersebut tidak wajar memandangkan staf Dewan Rakyat telah membuat segala persiapan untuk memastikan keselamatan semua ahli Parlimen.