[VIDEO] Pemimpin Bersatu Selangor keluar parti
Iklan
SEBAHAGIAN pemimpin Bersatu Selangor melibatkan Shah Alam bersama sembilan orang akar umbi mereka mengumumkan keluar parti.
Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam, Md Azlan Shah Md Arhad dengan mengumumkan pelepasan jawatan keahlian part.
Susulan itu, beberapa cawangan Bersatu bahagian juga akan dibubarkan.
Mohd Azlan Shah berkata lima ketua cawangan bahagian yang keluar parti itu melibatkan Seksyen 9, Seksyen 24, Setia Alam, Bukit Subang dan Bukit Jelutong dengan surat peletakan jawatan mereka akan dihantar kepada Setiausaha Agung Bersatu selewat-lewatnya esok.
Azlan berkata, peletakan jawatan ahli pimpinan adalah mengikut perlembagaan selepas mendapati parti sudah tidak berpaksi kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhannya iaitu memerangi rasuah, salah guna kuasa dan menolak kleptokrasi.
Pada Sabtu dan Ahad lepas, beberapa pemimpin Bersatu di Selangor bersama ahli akar umbi bertindak keluar parti melibatkan Bahagian Kuala Selangor, Klang dan Bangi. – 10 Ogos, 2020.