[VIDEO] MBSA tiada kompromi kakitangan bermasalah
Iklan
MBSA akan berikan kerjasama kepada SPRM sekiranya ada anggotanya terlibat dalam salah guna kuasa berkaitan perlesenan premis, kata Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.
Beliau berkata demikian pada operasi di Bandar Baru Sg Buloh pagi tadi yang menyerbu pusat judi beroperasi secara haram.
Selepas kecoh isu kedai judi haram di Sungai Buloh minggu lalu, MBSA menyita beberapa premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran di kawasan tersebut.
98 notis pemberitahuan dan tujuh notis meroboh kepada 94 premis di kawasan tersebut turut dikeluarkan. – 12 Ogos, 2020.