Iklan

[VIDEO] Bekas menteri Pakatan VK Liew meninggal dunia

Mastura MalakSumardi Susilo4 years ago2nd Oct 2020Video
Iklan

AHLI Parlimen Batu Sapi dan bekas menteri undang-undang Liew Vui Keong meninggal dunia pada usia 60 tahun, 11.50 pagi tadi ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Gleanegles di Kota Kinabalu.

Terdahulu dilaporkan beliau dalam keadaan kritikal selepas menjalani rawatan kerana jangkitan di paru-paru.

Pengerusi kekal Warisan itu tidak tampil di tempat umum sejak lebih dua minggu lalu.

Awal minggu ini keluarganya minta diberi ruang privasi ketika khabar angin tersebar mengenai keadaan kesihatannya. – 2 Oktober, 2020.

Iklan
Iklan