Iklan

[VIDEO] AMK lapor polis isu 'sogokan politik'

Hasmizar Hassan4 years ago16th Oct 2020Video
Iklan

SELEPAS kecoh mengenai dakwaan, Muhyiddin Yassin melakukan sogokan politik, Pemuda PKR membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri itu.

Setiausaha Pengelola AMK Chua Wei Kiat mahu dakwaan Muhyiddin menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah disiasat segera.

Beliau yang juga Rawang itu berkata Muhyiddin terdesak menggunakan kuasa untuk mengekalkan jawatannya.

Pada 14 Oktober lalu, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan beliau pernah ditawarkan jawatan penasihat Petronas oleh Muhyiddin.

Ahli parlimen Gua Musang itu bagaimanapun menolak tawaran itu kerana bimbang dengan Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai “hilang kelayakan keanggotaan Parlimen” jika memegang sesuatu jawatan berpendapatan. – 16 Oktober, 2020.

Iklan
Iklan