Iklan

[VIDEO] Covid-19 | Miskin bandar terus sengsara

Iklan

WALAUPUN terdapat pemulihan darisegi kewangan, pendapatan keluarga miskin bandar masih terjejas terutamanya ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut laporan terbaru dua agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjejaskan pendapatan, pendidikan dan kesihatan mental keluarga berpendapatan rendah di perumahan rakyat di Kuala Lumpur.

Kajian melibatkan tinjauan terhadap 500 penghuni rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang terdiri daripada hampir 3,000 individu.

Kajian dua badan itu mendapati jumlah mereka yang jatuh miskin masih ketara sementara tabungan yang ada makin menyusut.

Ikuti penjelasan Pengarah urusan DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khalid yang menyifatkan punca utama kemiskinan dalam keluarga berpendapatan rendah di perumahan rakyat di Kuala Lumpur ialah pengangguran. – 30 Oktober, 2020.

Iklan
Iklan