[VIDEO] UNICEF | Selepas PKP, pelajar kurang minat ke sekolah
Iklan
KAJIAN Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNICEF) mendedahkan 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP dilaksanakan.
Sebilangan besar mereka yang hadir ke sekolah juga hilang semangat untuk belajar selepas PKP.
Sekiranya sekolah ditutup semula, kementerian pendidikan akan berdepan cabaran masalah kekurangan peranti yang sesuai di rumah.
Menurut kajian di warga kota rumah kos rendah, lebih kurang 9 daripada 10 kanak-kanak menggunakan telefon bimbit sebagai peralatan pembelajaran manakala 8 daripada 10 tidak ada akses kepada komputer.
Ikuti penjelasan Pengarah urusan DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khalid dalam satu temubual. – 31 Oktober, 2020.