[VIDEO] UNICEF | Sekolah tutup, tiada makanan berzat untuk anak miskin
Iklan
KAJIAN Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNICEF) mendedahkan murid miskin di ibu kota terjejas akibat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa bermula 14 Oktober lalu.
Mereka terputus bekalan makanan berkhasiat dari program “satu menu sehari” melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah masing-masing.
Kebanyakannya kini bergantung kepada sumber makanan yang terhad dan tidak berkhasiat lebih-lebih dalam keadaan pendapatan keluarga yang terjejas.
Ikuti penjelasan Pengarah urusan DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khalid dalam satu temubual. – 31 Oktober, 2020.