Iklan

[VIDEO] Orang miskin tak malas malah kerja lebih masa, kata pakar ekonomi

Iklan

DAKWAAN orang miskin di bandar malas bekerja dan mempunyai anak ramai adalah tanggapan yang salah, kata pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid.

Malah mereka bekerja lebih daripada 8 jam tetapi tidak peroleh pendapatan yang banyak kerana upah dan gaji yang sedikit.

Pengarah urusan DM Analytics itu turut menjelaskan kajian UNICEF terhadap keluarga miskin bandar di flat kos rendah mendapati hanya 4 peratus daripada mereka yang mempunyai anak lebih daripada 6 orang.

“Selebihnya secara purata, mereka hanya ada dua anak dalam satu keluarga. Mereka bekerja lebih masa untuk cari rezeki,” katanya dalam satu temubual minggu lalu. – 4 November, 2020.

Iklan
Iklan