[VIDEO] Belanjawan 2021 | Perlu pinda kalau nak kami sokong, kata Dr Mahathir
Iklan
BELANJAWAN 2021 dalam bentuknya sekarang tidak akan diluluskan “bulat-bulat” di Dewan Rakyat, kata Dr Mahathir Mohamad, selepas ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang mengkritik beberapa aspek cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Bekas perdana menteri berkata kerajaan Muhyiddin Yassin perlu menimbang kritikan dan cadangan balas yang sudah disuarakan, bagi memastikan belanjawan tersebut dapat disokong. – 12 November, 2020.