[VIDEO] Potong gaji supaya boleh salur dana bantuan cepat, cadang Dr M
Iklan
GAJI pegawai tinggi kerajaan yang dipotong akan membolehkan kerajaan mempunyai dana segera untuk disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan yang terjejas teruk kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19, kata Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata beliau sedia untuk memotong sebahagian daripada pencennya dan kerajaan sepatutnya sedia mengambil langkah sama terhadap kumpulan berpendapatan tinggi dalam sektor awam.
Dr Mahathir diminta menjelaskan kenyataannya pada Isnin yang mencadangkan potongan gaji 10% melibatkan kumpulan berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta. – 12 November, 2020.