[VIDEO] Umno tak boleh maafkan pengkhianat
Iklan
UMNO tidak boleh memaafkan ahli parlimennya yang mengkhianat parti dengan menyertai Bersatu, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Ramai yang memihak kepada Muhyiddin adalah mereka yang terdiri daripada pengkhianat. Orang yang lari daripada kita yang ada kes yang kita rasa tak boleh dimaaf, mereka berada bersama Muhyiddin.
Umno juga kata Tengku Razaleigh harus bertegas untuk mempertahankan kerusi mereka dan tidak bertolak ansur dengan Bersatu.
Antara kerusi yang Umno hilang akibat wakil rakyat yang menyertai Bersatu adalah seperti Hamzah Zainuddin (Larut Matang), Mustapha Mohamad (Jeli) dan Mas Ermayati Samsuddin (Masjid Tanah).– 17 November, 2020.