Iklan

[VIDEO] Selepas kolej tutup, pensyarah buka kelas di kedai mamak

Iklan

SETIAP hujung minggu, Muhamad Fairuz Mohd Arif menunggang motosikal ke kedai mamak yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumahnya di Semenyih, Selangor – untuk mengajar.

Meskipun kurang selesa dengan persekitaran yang sesak, Pensyarah Kolej Vokasional Kajang menjadikan kedai mamak untuk mengajar subjek Subjek Autocad RAC Drawing - Penyejukan dan Penyaman Udara (Refrigeration and Air Conditioning).

Begitulah rutin Fairuz, 42, pada setiap hujung minggu sejak Oktober lalu apabila pandemik Covid-19 memaksa guru dan murid menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu.– 12 Disember, 2020.

Iklan
Iklan