[VIDEO] Pelajar kerja sambilan, beli data untuk belajar dalam talian
Iklan
KELAS yang berpindah ke dalam talian selepas pandemik Covid-19 memaksa kolej ditutup memberi cabaran kepada sesetengah pelajar calon peperiksaan untuk meneruskan pembelajaran sehingga terpaksa bekerja sambilan mencari duit lebih untuk menampung kos Internet.
Muhd Iqmal Shafy, 17, pelajar Kolej Vokasional Kajang berkata beliau terpaksa mencari duit lebih kerana perbelanjaannya kini bertambah, dan tanpa data Internet pembelajarannya menjelang peperiksaan akan terganggu.
Calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu dijadual menduduki peperiksaan pada Februari tahun depan, selepas dianjak daripada jadual asal bulan ini. - 12 December 2020.