[VIDEO] Putus dengan Umno? Bersatu putuskan petang ini
Iklan
SELEPAS kecoh mengenai masa depan kerjasama Umno sewaktu PRU15, Bersatu akan menetapkan pendirian petang ini.
Setiausahanya Hamzah Zainudin berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 19 Februari itu sudahpun dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Bersatu seminggu kemudian pada 26 Februari.
Ia seterusnya akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang antara lain membabitkan parti komponen lain PAS, Star, SAPP dan Gerakan.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut tarikh mesyuarat tersebut. – 4 Mac, 2021.