[VIDEO] Maszlee bantu pelajar tercicir
Iklan
DANA yang terhad tidak menghalang bekas menteri pelajaran Dr Maszlee Malik meneruskan perjuangannya menyelamatkan generasi murid tercicir.
Mereka yang kurang bernasib baik berdepan masalah untuk membaca, menulis dan mengira.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu setakat ini berjaya menaja 100 orang murid cicir dari golongan B40 untuk dibantu.
Gerakan itu diberi nama ‘untuk Malaysia’.
Menurut Maszlee, sumbangan dan sokongan masyarakat sangat penting memandangkan program itu 100% bergantung pada dana awam. – 9 Mac, 2021.