Iklan

Penduduk di pinggir TTDI menagih janji 3 dekad lalu

Kamal AriffinRavin Palanisamy7 years ago3rd Jan 2018Video
Iklan

LEBIH tiga dekad lalu, 98 keluarga pekerja ladang getah Bukit Kiara dipindahkan ke rumah panjang di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Tanah ladang itu diambil alih oleh kerajaan persekutuan.

Walaupun dijanjikan rumah baru akan dibina dalam tempoh lima tahun, sehingga kini mereka masih tinggal di rumah panjang dan terus dibiarkan tanpa arah tuju penyelesaian masalah itu.

Sebuah kumpulan menyokong projek itu, berharap mereka akan menerima rumah baru yang dijanjikan, tetapi ada juga yang tidak mahu meninggalkan kejiranan rumah panjang yang akrab.

Selepas berpuluh tahun berlalu, janji masih tinggal janji, harapan penduduk memiliki rumah baru masih tidak dipenuhi.– 3 Januari, 2018.

Iklan
Iklan